“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh!
Bergaduh!
Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu
yang baik,
yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya
membungkam. Tidak
menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk
kali ni dah
dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di
sekolah. Cuba
la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah
sangat nak
dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.
Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along
terus
membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari
mulutnya.
Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali
semula dengan
rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau.
Dia berdoa
dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu.
“Sekarang
kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul
anak pengetua
tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin
berdebar-debar
namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai
tersekat di
kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak
menceritakan
hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau
yang mulakan
pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan,
sekarang nah,
rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan
berkali-kali jugaklah
Along menjerit kesakitan.
“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat
lagi….Bu,
jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si
ibu agar
tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat
sekolah tak
rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat
pukulan si ibu
menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along
bu…bukan Along
yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along
dengan suara
yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si
ibu.
Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun
siratan rotan
tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia
tidak berdaya
lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya
dirotan, tapi
kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap
hari. Setelah
hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan
Along yang
masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap
mata ibu. Ada
manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu.
Along
memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah
membuatkan ibunya
menangis lagi kerananya.
Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa
matanya tidak
dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan
ibu petang
tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya.
Tapi kali ini
marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk
anak pengetua
sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar
dan
memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian
kalinya.
Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di
sebelah..
Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah,
semua
kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik
anak pengetua
itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam
hal ini. Along
mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di
kelopak matanya.
Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu
disapukan pada
bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu
tadi.
Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa
pedihnya.
Walaupun sudah biasa dirotan,
namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya.
Dia cuba
memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika
wajah ibu
menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika
dahulu sangat
mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia
gagal dalam SPM,
kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan
kebencian di
wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata
ibu. Along
sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat
keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah
ambil hati
dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu
menyakiti
hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu
yang Along ada
walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu
meminta maaf.
Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu
cacamarba, dan
perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam
kelelahan
melayani perasaan, Along terlelap juga.
Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu
bercakap
dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu.
Itupun acuh tidak
acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke
dapur. Dia
mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu
ada di situ.
Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok
mengambil sudu
di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang
dimasak itu.
Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini
berjaya
mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke
dapur, adik
perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus
meluru ke arah
ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik
pintu sambil
memerhatikan mereka.
“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat
kenduri ye!?”
Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya
memasak makanan
yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak
belaka. Si ibu
yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat
keletah anak
bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus
memerhatikan
mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa
ayam ni satu
boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu… Ibu tau Atih lapar, tapi
tunggulah
Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan
sekali. Pergi naik
atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara
lembut. Along
menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan.
‘anak-anak
kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil
Along. “Kak Ngah
dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum
berganjak
dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di
wajahnya jelas
menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk
banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila
Along balik,
ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar
soalan Atih.
Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya.
“Along kan
hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain,
diorang kan duduk
asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu.
“Tapi, ibu tak
penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih
lagi. Dahinya
sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak.
Dia mengakui
kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada
perasaan
dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat
disayanginya.
“Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil
Kak Ngah
dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak
mahu Atih
mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang
bukan-bukan.
Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap
tentang Along.
Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti
hatinya. Apa
yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat
hal di
sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin
hilang
perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.
Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia
menuju ke
Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan
tekanannya. Tiba di
satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya
terpaku pada
sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi
dengan tudung
bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’
Dia bermonolog
sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang
dia
membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh
seseorang. Dia
segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya.
“La…kau ke, apa
kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil
bersalaman dengan
Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat
apa kat
sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak
tengok-tengok
baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur.
“waa…bagus
la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%.
Macammana?”
Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul
ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta
kepastian. “Untuk
kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz
meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku
tak cukup duit
sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya
menepuk mahunya
sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar
sikit-sikit.”
Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak
setuju. Dia
tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia
dimarahi
silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit
sekarang ni?”,
soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya
itu. Along
menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna
hitam yang
semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz,
tak pe lah,
aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju
ni tau!”,
pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk
senyum.
Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh.
Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di
dalam rumah.
Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu.
Dia menoleh ke
arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya
terasa lapar
sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia
belum makan
lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa
lauk-pauk yang
ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa
berlengah
dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing
kesayangan arwah
ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat
luar tu?”,
soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba
membantutkannya daripada
menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak
makan kat luar
ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu
lagi. Along
hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan
membuat muka
selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.
Tiba-tiba Angah dan
Alang
menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu
yang masih
memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along
ni teruk tau.
Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah
dengan pengetua
tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar
di MRSM. Along
mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab
kata-kata
adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di
situ, dia
mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak
suka belajar,
berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah
daripada
menghabiskan duit ibu”, sampuk Alang, adik lelakinya yang
menuntut di
sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya
benar-benar tercabar.
Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia
tahu, pasti
ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya
memandang wajah ibu.
Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia
segera
mencuci tangan dan meluru ke biliknya.
Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru.. Hatinya
pula jadi tidak
keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau
dia menjawab,
pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok
pagi-pagi, dia
akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar.
Kebetulan
cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang
dinekadkan,
pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap
dengan membawa
beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah
tanpa ucapan
selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu
menyatakan bahawa
dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama
seminggu.
Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari
justeru
dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan
tindakannya itu.
Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar
untuk mencari
pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia
diterima bekerja
dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki
motorsikal
dengan
upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur
dan gembira.
Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah
untuk ibu.
Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si
ibu sedikit
gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia
juga berasa
agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya
agak tersentuh
setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan
kerisauan itu
terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang
lain.
Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di
bengkelnya.
Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit
sebanyak mengubat
hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu
Along antaranya
menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam,
kalau aku tanya
kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu
mereka
menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer
bunyinya
Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari
rumah kan ?”
Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke
dalam mulut
tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan
sedakan.
Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan
air. “Kenapa
lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang
Joe lagi cuba
menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati
Along sebak.
Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam
mulut dan
mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba
menahan
perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun
impian ker…?”
Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along
yang kurang
selesa dengan soalannya tadi. “ Ada ” jawab Along pendek
“Kau nak jadi
apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola?
Mekanik macam
aku…atau….” Along menggeleng-gelengka n kepala. “semua
tak…Cuma satu
je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along
disusuli
ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah
Along yang tidak
serius menjawab soalannya itu. “ Ala , gurau ja la Abang
Joe.
Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah
dan…saya….saya nak jadi
anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih
jelas
didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum
mendengar jawapannya.
Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak
yang begitu
baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel
itu namun belum
pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.
Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja
masing-masing.
Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak
berfikir.
Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan
tadi. “Abang
Joe, hari ni, saya nak balik rumah …terima kasih banyak
kerana jaga
saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai
menutup pintu
bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya
mengangguk.
Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang
ke pangkuan
keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh
sasa itu. Ini
menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga
diri
baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah
Abang Joe tu,
saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi,
kau kan
boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”,
soal Abang Joe.
Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang
soalannya tadi.
Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat
Abang Joe.
Abang
Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak
balas budi baik
abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin
maju.” Balasnya
dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai
seorang abang
memeluk adiknya yang akan pergi jauh.
Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak
Fariz untuk
membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana ,
tanpa
berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut.
“ Hey Azam,
mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau.
Kau lari dari
rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan
sahabatnya itu.
Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau
marah kau
lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau
tumbuk si
Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku
tak nak ibu
aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni”,
terang Along
dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak
bagitau, mak
kau ingat kau yang salah”, kata Fariz lagi. “Tak apa lah
Riz, aku tak
nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau
ni…..” “Aku ok,
lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih
dan ingat
kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si
sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli
jubah ni
Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni
sekali, k!”,
pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna
merah jambu. “No
problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal
Fariz ingin
tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia”,
terang
Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat
Jalan Selasih
sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along
dengan
panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi
hadiah ni kat
mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir
ibu kau hari
ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak
tunggu minggu
depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang
yang sempat
untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu
aku tak
marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.
Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun.
Namun Along
tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu
untuk ibu.
Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang
sedang tersenyum
menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke
Jalan Nuri II.
Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah
kereta wira
yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing
hilang kawalan dan
terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat
mengelak. Akibat
perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah
jalan dan
mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya.
Topi keledar
yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada
kepalanya, Along
membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah
untuk si ibu
dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah
yang
tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat
cebisan kain dan
kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin
membuak-buak keluar
dari
hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat,
pandangannya
berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam
keparahan
itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat
dikenalinya sedang
berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul
seorang
wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa
bahagia sekali
apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu
kucupan daripada
ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan
Atih
memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar
dari
kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia
kuatkan
semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih
digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk… …ibu………” ucapnya
sambil
berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu
yang sangat
dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak
dipeluknya sambil
dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai
tidak dapat
ditahan lagi. Pandangan Along semakin
kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air
hangat yang
menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam
pangkuan ibu dan
dia pergi untuk selama-lamanya.
Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi
kubur Along
bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu
mengeluarkan
bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping
kad berwarna
merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu
dibaca. ‘Buat
ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along
selama ini.
Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta
kemaafan. Terimalah
maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah
lagi. Ibu,
Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu…
dan terimalah
hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium.
Air mata yang
bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga
perasaan yang
dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu
dan sedih
dengan pemergian seorang abang yang selama ini
disisihkan. Sedang
melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul.
Dia terus
mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang
dipendamnya
selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam
tak
bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik.
Sebenarnya, waktu
Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang
dekat kami.. Dia
sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna
air dekat
lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap
Azam anak
pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak
cakap, ibunya
seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak.
Si ibu
terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada
ketika dia
merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi,
kenapa arwah
tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu
sedan.
“Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali
peristiwa
dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia
tak nak
mengambil semua ketenangan yang makcik ada
sekarang…walaupun dia
disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok
makcik dimasukkan
ke hospital sakit jiwa
semula….” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat
menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.
Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh
anggota
badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam
hatinya. Sungguh
hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan
si anak yang
selama ini dianggap derhaka.
Hargailah pengorbanan ibu kita :)
ReplyDeletebest entry ni.. jangan lupa follow balik kepada cik lala.. http://cikieyboom.blogspot.com/
Along seorang anak yang baik..
ReplyDeletesaya dapat baca sampai habis sehingga mnitis air mata membaca entry cik Lala,.
kesian Along dia dituduh mencari pasal ngan malik. padahal malik yang cari pasal :( sdih r.. kecian along tu kan
Tq Qalyna... ok, saya follow blog anda.. terima kasih sebab sudi baca :)
ReplyDeletesama-sama cik lala :)
ReplyDeletesaya terharu dan menitiskan air mata selepas membaca crite ni,best lah u py blog cik lala
ReplyDeleteindah, hihi... saya pun nangis jgk.. by the way, cantik nama awak.. :)
ReplyDelete