Sunday 4 November 2012

(: Cerpen aku buat : Hargailahnya.. :)

''Hei.. kau ni hari-hari buat hal.. Dah lah lecturer selalu tanya pasal kau dekat aku.. Bosan tahu tak ? Bosan!. Kalau kau sakit tak payah belajar, baik mampus!'' Teriak Athirah kepada roomatenya Yana...
"Biarlah aku dengan hal aku, kau jangan sibuk! Dah kau tak payah berleter.. Pergi mandi sana.. Busuk tahu tak!'' Balas Yana kerana tak tahan dengan tengking yang dilontarkan oleh Athirah.. 
''Eleh.. Macamlah kau tu wangi sangat..''Sejak kebelakangan ini Athirah terasa menyampah dengan Yana kerana Yana agak berkebolehan untuk mengendalikan sesuatu masalah maka ramai yang menyuruhnya.. Tetapi dia rasa agak bangga diri kerana tahu Yana bukanlah seorang yang pandai seperti dia... Dia telah mendapat pingat dekan untuk dua kali, manakala Yana tidak pernah sekalipun mendapatnya.

                                            *                        *                                 *
''Kau tahu tak aku tak tahu kenapa tapi aku dah rasa semakin menyampah dekat si Yana tu... Dah la blablabla...'' Omel Athirah pada sahabatnya Mimi dan Yass.. Dulu mereka berempat teramatlah rapat tapi atas alasan yang tidak diketahui, Yana terasa semakin jauh daripada mereka bertiga... Apabila bersama dia seperti tidak bersama.. Namun dia hanya mampu memendamkan perasaannya kerana dia merasakan dia bukanlah seorang gadis dan rakan yang baik. Pada waktu yang sama Yana juga menyembunyikan sesuatu rahsia daripada semua orang..

''Aku perasan kau dah jarang bersama kawan-kawan kau tu.. Kau bergaduh ke ? Aku tengok senyuman kau dah tak ceria dulu.. Atau kau sakit ? Jangan pendam sorang-sorang k. Kalau ada masalah cerita dengan aku.. '' Kata Shasha pada Yana.. Dia risau tengok keadaan Yana... Peperiksaan akhir dah semakin hampir..

''Aku ok... Jangan risau..'' Hanya itu sahaja mampu dikatakannya...

Ting tong ting tong... Loceng berbunyi menunjukkan jam di kuliah dah pukul 1 tengah hari..
Yana tersenyum saat melihat Athirah, Mimi dan Yass.. Dia berjalan kearah mereka bertiga..
"Hai.. korang dah beli makanan untuk lunch ?''tanya Yana cuba untuk berbaik dengan semua. Namun dia terasa amatlah kekok kerana sepuluh yang ditanya, hanya satu yang dijawab mereka...


                                            *                            *                                *

sudah hampir 5 hari mereka jarang berbual walaupun dari bilik yang sama.. Yana hanya diam, Athirah hanya menyepikan diri... Pada malam itu, Athirah telah ternampak hanphonenya telah digunakan oleh Yana lalu dia terasa marah yang amat sangat kepada Yana.

''Dah miskin sangat ke kau sampai main call pakai handphone aku ? '' Tanya Athirah , bengang ..

'' Sorrylah, tadi mak kau call lepas tu aku cakaplah kau tengah mandi .. tu je.. Memang aku miskin, sekurang-kurangnya aku tak pernah mengemis dekat kau kan. Jadi diam..'' Balas Yana, sakit hat berbaur sedih.  Muka Athirah merah kerana malu lalu keluar dari bilik itu dengan menghempaskan pintu.

Yana tidak dapat menahan kesedihan lalu meraung dan tertidur akhirnya. Dia tidak terjaga walaupun jam telah menunjukkan pukul 7.50 pagi. Athirah yang telah bersiap-siap untuk ke kelas memandang Yana yang sedang lena dengan keadaan mukanya agak pucat membiru. Lalu dia pergi ke arah Yana untuk mengejutkan Yana, walaupun dia geram dengan Yana dia masih ada perasaan sebersalah dengan Yana.

'' Yana..... Yana.. Bangunlah... Kau tak nak pergi kelas ke ?'' Dikejutnya lembut tetapi masih tidak bangun. Setelah lima kali dia memegang tangan Yana untuk menggejutkan Yana, tetapi tangan Yana telah sejuk.. Dia semakin cemas.. Lalu dia menelefon warden untuk membawa Yana ke Hospital. 

Sampai sahaja ke Hospital, Doktor dan Nurse terus menerusikan pemeriksaan keatas Yana. Athirah yang berada diluah bilik pembedahan bersama Mimi dan Yass hanya mampu berdoa agar Yana selamat.. dua minit kemudian doktor yang melakukan pembedahan itu keluar daripada bilik pembedahan itu. Athirah terus meluru kearah doktor tersebut.

''Di mana waris pesakit tersebut? '' tanya doktor itu pada Athirah. 

"Tak ada dekat sini. Semua dekat Selangor. Macam mana kawan saya doktor ?''

''Maaf, kami telah mencuba tetapi gagal.. Kawan awak sebenarnya mengalami kanser otak tahap ke empat.. Dia tak pernah beritahu awak ke ? Sila hubungi ibu bapanya untuk mengambil mayatnya.

Athirah terus terduduk dan meraung. Mimi dan Yass hanya mampu menenangkan Athirah sambil mengalirkan air mata.

'' Yana, kenapa kau pergi di saat aku belum mengucapkan maaf kepada kau. Aku tahu aku selalu buatkan marah dan benci.. Tapi kenapa terlalu awal kau pergi ??... '' Athirah terus meraung namun jasad Yana kini hanya kaku tanpa ada senyuman, tanpa ada keceriaan. 


                                             *                       *                            *

Sebulan telah berlalu tetapi Athirah masih merindui Yana. Ketika dia sedang mengemas biliknya untuk membawa balik barang-barangnya untuk cuti sem tiba-tiba sebuah buku kecil jatuh ke arah kakinya lalu dia mengambil buku tersebut dan membacanya..



23 September - Aku tahu Athirah dan semua sahabatku semakin menjauhkan diri dariku. Aku pun berasa hari-hariku dah tak lama. Mungkin esok mungkin lusa dia akan menjemputku. Aku redha walaupun aku tahu aku banyak dosa kepada-Nya. Ya Allah, Kurniakanlah perasaan tenang kepadaku dan berikanlah aku suasana sewaktu mula berkawan dengan mereka dan rapat dengan mereka.. Aku mohon...


Air mata Athirah bercucuran namun apa yang dia mampu buat. Nasi telah menjadi bubur. Dia hanya mampu mendoakan kesejahteraan Yana di sana..

Tuesday 2 October 2012

(: Ayah :)



    “Ishhhh, sibuk betullah anak orang cacat ni !!”, herdik rakan-rakannya. Inilah rutin harian Hazmi ketika berada di sekolah. Beliau selalu dipinggirkan oleh rakan-rakannya dalam setiap aktiviti yang ingin disertainya. Beliau dipinggirkan hanya kerana Encik Ghazali seorang yang cacat anggota badan. Kakinya telah dipotong kerana menghidap penyakit diabetis setahun lalu.

     Ibu dan kakaknya telah lama meninggalkannya kerana menjadi mangsa kemalangan jalan raya yang melibatkan antara sebuah teksi dan sebuah bas. Kemalangan ngeri ini berlaku ketika dia hendak menghadapi Penilaian Menengah Rendah. Tangan ibunya putus dan kepala kakaknya digilis bas. Kemalangan ini telah memberikan kesan yang mendalam dalam diri Hazmi. Hal ini kerana, kemalangan tersebut berlaku seminggu sebelum beliau menghadapi Penilaian Menengah Rendah. Beliau seakan orang yang hilang pertimbangan akal,  kerana kemalangan tersebut berlaku dalam sekelip mata. Mujurlah rakan-rakan dan para guru banyak memberikan sokongan dan semangat kepada Hazmi untuk menerima kenyataan yang sukar untuk diterima ini. Akhirnya, Hazmi berjaya memperoleh 9A dan seterusnya menjadi pelajar terbaik di sekolah lamanya. Berbekalkan keputusannya itu, beliau berpindah ke Maktab Rendah Sains Mara Muadzam Shah di Pahang. Pembelajarannya ditanggung sepenuhnya oleh ‘Yayasan Biasiswa Al-Fikrie’, Tajaan biasiswa ini telah meringankan kehidupannya dan Encik Ghazali yang hanya merupakan seorang nelayan.

     Kehidupannya di sekolah baru ini tidak seindah di sekolah lamanya, kawan-kawan lamanya tidak lagi bersamanya, ini bermakna dia terpaksa menghadapi liku-liku kehidupan dan cabaran dengan sendiri.

     “Engkau itu anak orang cacat ! Hidup hanya menyusahkan orang lain, ada hati nak berkawan dengan kami ?!”, herdik kawannya. Pernah sekali beliau dipanggil oleh unit Hal Ehwal Pelajar kerana beliau telah menumbuk muka seorang pelajar yang menghina ayahnya. Hazmi pernah mengadu pada ayahnya, namun ayahnya mengatakan, “Hazmi, biarlah apa orang nak kata pada kita, yang penting kita mesti berfikiran positif”, kata-kata ayah itu menjadi penyuntik semangat untuk mengharungi liku-liku kehidupannya. “Ayah, kenapa engkau tidak pernah berputus asa dengan apa yang telah terjadi pada diri engkau ? Bagaimana aku hendak menjadi tabah seperti engkau ?” detik hatinya.

     “Hazmi !!!” , lamunannya terhenti apabila cikgu Zahari memanggilnya. “Awak berangan apa ? Tak nampak ke saya sedang mengajar di hadapan ini ?!”,sifat garang dan ketegasan cikgu Zahari ini amat digeruni di MRSM ini. Jeritannya mampu menembusi segenap inci pintu-pintu dan dinding-dinding kelas hinggakan kelas hujung mampu mendegar jeritannya dengan jelas. “Berani awak berangan semasa saya mengajar ? Keluar! Lari keliling padang sepuluh pusingan ! Sudah selesai baru boleh masuk kelas”.
  
     “Aduh, tak pasal-pasal aku kena lari.”
   
     Hazmi mengeluh. Memang salahnya juga kerana tidak menumpukan perhatian ketika cikgu sedang mengajar dalam kelas. Hazmi pulang ke kelas dengan bajunya yang basah kerana peluh.

     Sejak penyakit yang menimpa ayahnya hingga menyebabkan ayah terlantar di hospital, kehidupan Hazmi berubah. Beliau banyak termenung memikirkan tentang ayahnya yang kini berada di ICU. Akhir-akhir ini ayahnya mengadu kesakitan pada bahagian ususnya. Seminggu yang lepas, ayahnya dikejarkan ke hospital kerana pengsan secara tiba-tiba dan doktor telah mengesahkan bahawa usus ayahnya telah tersumbat, dan pembedahan perlu dilakukan dengan segera bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak baik berlaku. Berkat hasil kutipan derma yang dilakukan oleh kawan baik ayahnya iaitu Pak Samad, RM40 00 telah berjaya dikumpulkan dan proses pembedahan dapat dilakukan seperti biasa. Selepas sahaja proses pembedahan berakhir, ayahnya masih lagi ditempatkan di ICU kerana masih lagi tidak sedarkan diri sehinggalah ke hari ini.

    Tiba-tiba datang seorang pelajar lelaki, menghampirinya seraya berkata, “apalah kau ni Hazmi, dah lah kau anak orang cacat ! Tidur dalam kelas, apalah nak jadi dengan kau ini ?”, Hazmi menerima kutukan tersebut dengan hati yang terluka.
   
     “Hina sangatkah aku jikalau aku ini anak orang cacat ?”
     “Memang hina ! Menyusahkan orang lain sahaja !”

     Salah satu kelemahan Hazmi ialah beliau seorang yang hatinya mudah tersentuh dengan kata-kata orang lain. Sebaik sahaja diherdik, matanya mula bergenang dengan air mata. Tetapi beliau berjaya menahan air matanya daripada gugur ke pipi.

     Sewaktu cuti sekolah. para pelajar diberi peluang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Peluang ini diambil dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar Maktab Rendah Sains Mara Muadzam Shah. Hazmi juga turut serta pulang ke kampung halaman untuk bertemu dengan ayahnya yang tercinta.

     Setibanya di rumah, beliau terus bersalaman dengan ayahnya sebagai tanda hormat seorang anak terhadap orang tuanya. Jelas terukir senyuman dibibir Encik Ghazali tatkala melihat anak bongsunya pulang ke rumah. Hazmi jarang pulang ke rumah kerana tidak mahu menyusahkan Encik Ghazali.Lebih-lebih lagi,bapanya memahami akan kehendak anaknya itu. Seperti biasa, Hazmi akan membantu Encik Ghazali melakukan kerja-kerja harian seperti memasak, membasuh baju dan sebagainya.

     Keesokan hari, ketika Encik Ghazali sedang menjalin jalanya, Encik Ghazali memanggil Hazmi untuk diajak berbual. Ayah mana yang tidak rindukan anaknya. Hazmi yang sedang leka melihat gambar-gambarnya bersama arwah ibu dan kakaknya itu terus menuju ke arah ayahnya.

     “Apa khabar Hazmi ?”
     “Khabar baik ayah.Ayah sedang menjalin jala ke ?”
     “Aah, jala ini terkoyak semalam sebab tersangkut pada tunggul batu berdekatan dengan jeti itu.”
     “Ayah ada beberapa pesanan untuk Hazmi sebelum ayah pergi meninggalkan kamu"

     Hazmi terkesima dengan kenyataan ayahnya.

     “Apa yang ayah cakap ini ? Jodoh pertemuan dan ajal maut itu urusan Allah.”.
     “Memanglah, tapi kita tak tahu bilakah kita akan pergi untuk menghadap-Nya.”
     “Hmmm, apakah yang ayah ingin sampaikan itu ?”
     “Sebenarnya, ayah berharap sangat Hazmi akan belajar bersungguh-sungguh. Jangan jadi macam ayah, terpaksa bersusah-payah untuk mendapatkan sesuatu yang diingini.Itu pun tidak menentu. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.”,jelas Encik Ghazali.

Hazmi mendengar dengan penuh teliti tanpa meninggalkan walau sepatah pun kata-kata ayahnya.

     “Sebelum Hazmi berkeluarga, ayah harap Hazmi dapat memenuhi ke empat-empat syarat ini.Yang pertama, Hazmi mesti meningkatkan ketakwaan kepada Allah.Yang kedua, Hazmi mesti sudah mempunyai pendapatan yang tetap.Yang ketiga, Hazmi mesti mempunyai gaji minima RM3000, dan yang terakhir ialah Hazmi mesti sudah mempunyai rumah dan kenderaan sendiri.Bolehkah Hazmi menunaikan ke empat-empat syarat ini ?” pinta Encik Ghazali.

     Hazmi terasa bagai suatu beban yang sangat  berat menimpa dirinya. “Baiklah ayah, Hazmi akan cuba.”Setelah tamat sesi perbualan dengan ayahnya, beliau pun masuk ke kamarnya. Beliau terasa sesuatu beban yang sangat berat akan dipikulnya suatu hari nanti.

     Encik Ghazali ingin mengingatkan Hazmi tentang masa depannya dan tidak mahu Hazmi menjadi seperti dirinya. Pada Encik Ghazali, dalam kepayahan yang menimpa dirinya, Encik Ghazali tidak pernah mengalah, walaupun memakai kaki palsu pada kaki kanannya, ini tidak menjadi halangan kepada ayahnya untuk meneruskan hidup demi Hazmi yang tersayang. Padanya, jikalau dia berputus asa, maka anaknya juga akan turut berputus asa dalam meneruskan hidup yang penuh dengan cabaran dan rintangan ini. Oleh sebab itu, Encik Ghazali tidak boleh mengalah dan mesti bangkit untuk terus berjuang biarpun terpaksa berkaki palsu untuk ke mana sahaja Itu bukanlah penghalang pada dirinya dan beliau juga mengaharapkan agar Hazmi juga tidak berputus asa untuk meneruskan hidup.

     Cuti sekolah telah pun tamat. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kian menghampiri pelajar-pelajar Maktab Rendah Sains Mara Muadzam Shah. Suasana belajar telah bermula.Setiap pelajar akan mengisi masa senggang mereka dengan membuat ‘study group’ . Inilah rutin bagi pelajar-pelajar yang mengidamkan kejayaan demi masa depan yang cerah. Mereka juga akan mengisi masa lapang mereka seperti ketika ketiadaan guru ketika sesi pembelajaran dan pelajaran sedang berlangsung dengan menyiapkan kerja-kerja rumah atau membuat latih tubi untuk subjek-subjek yang masih lemah dan belum dikuasai. Sedang Hazmi sibuk mengulangkaji pelajaran, tiba-tiba datang cikgu Ayuzah, guru subjek Bahasa Inggeris merangkap guru kelasnya seraya berkata, “Hazmi, anda diminta pergi ke pejabat sekarang juga, kecemasan !”.Sebaik sahaja mendengar pengumuman tersebut, seluruh kelas kecoh. Tanpa membuang masa, Hazmi bergegas menunju ke pejabat yang berhadapan dengan blok akademik.

     Sebaik tiba di pejabat, terdapat satu pesanan penting untuk Hazmi dan pesanan tersebut disampaikan oleh Encik Azman, pengetua Maktab Rendah Sains Mara Muadzam Shah. Tuan pengetua memaut bahu Hazmi lalu berkata, “Hazmi, saya diamanahkan untuk menyampaikan pesanan ini kepada awak.Diharapkan awak dapat menenangkan fikiran awak dan menerimanya dengan hati yang terbuka.”. “Sebentar tadi, pihak sekolah    mendapat panggilan daripada Pak Samad, jiran kamu mengatakan bahawa ayah kamu, Encik Ghazali telah meninggal dunia akibat lemas ketika sedang menangkap ikan.”. Hazmi terkesima sebaik sahaja mendengar kenyataan pengetua. Pembuluh darahnya bagaikan pecah. Matanya sudah dibanjiri dengan lilangan air mata umpama empangan air yang telah pecah. Beliau jatuh terjelepok ke lantai, menangis semahunya. Tuan pengetua hanya memerhatikan gerak-gerinya dan mengerti apakah yang dirasakan oleh Hazmi pada saat itu. Setelah pemergian dua orang insan yang tersayang iaitu ibu dan akaknya, kini ayahnya pula telah pergi meninggalkan dirinya. Beliau merasakan dunia ini tidak adil terhadap dirinya kerana telah mengambil semua insan yang disayanginya meninggalkan dirinya keseorangan. Akan tetapi, kekuatan imannya berjaya menguasai diri, lantas memadam segala sangkaan buruk terhadap takdir yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Benaknya berkata,”ya,inilah yang dikatakan setiap yang hidup pasti akan mati”.

    Hazmi bangkit, mengesat air matanya, lalu bersalaman dengan tuan pengetua sambil mengucapkan terima kasih. Encik Azman memaklumkan kepada Hazmi bahawa sebentar lagi Encik Samad akan menjemputnya pulang ke rumah dan Hazmi dibenarkan untuk pulang ke asrama untuk mengemas barang yang perlu untuk dibawa pulang.

     Hazmi akur dan menuruti segala kata-kata tuan pengetua. Beliau melangkah keluar dari pejabat dengan hati yang sebak atas pemergian ayahnya. Namun beliau reda dengan ketentuan-Nya. Dalam hati beliau merintih, “Ya Allah andainya ujian ini adalah selayaknya untuk aku, maka aku yakin akan ada hikmahnya dan aku akan berusaha untuk mencari hikmah tersebut. Ya Allah, aku redha dengan pemergian insan-insan yang amat aku sayangi ini. Tempatkanlah mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman. Ya Allah, engkaulah yang Maha Penyanyang, aku memohon kepadamu Ya Allah, bimbinglah aku dalam pelbagai cabaran yang akan kuhadapi selepas ini kerana aku sudah tidak mempunyai sesiapa lagi selain daripada-Mu, Ya Allah.”. Amin…


Friday 7 September 2012

(: Jubah Untukmu Ibu :)


“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh!
Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik,
yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak
menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah
dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba
la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak
dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.
Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus
membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya.
Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan
rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa
dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang
kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua
tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar
namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di
kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan
hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan
pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah,
rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah
Along menjerit kesakitan.
“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu,
jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar
tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak
rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu
menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along
yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara
yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu.
Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan
tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya
lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi
kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah
hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang
masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada
manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along
memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya
menangis lagi kerananya.
Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tidak
dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang
tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini
marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua
sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan
memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya.
Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah..
Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua
kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua
itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along
mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya.
Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada
bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi.
Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya.
Walaupun sudah biasa dirotan,
namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba
memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu
menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat
mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM,
kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di
wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along
sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat
keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati
dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti
hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada
walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf.
Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan
perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan
melayani perasaan, Along terlelap juga.
Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap
dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak
acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia
mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ.
Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu
di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu.
Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya
mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik
perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah
ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil
memerhatikan mereka.
“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?”
Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan
yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu
yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak
bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan
mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu
boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu… Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah
Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik
atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along
menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak
kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah
dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak
dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas
menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk
banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik,
ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih.
Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan
hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk
asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak
penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya
sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui
kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan
dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya.
“Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah
dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih
mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan.
Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along.
Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa
yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di
sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang
perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.
Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke
Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di
satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada
sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung
bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog
sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia
membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia
segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa
kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan
Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat
sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok
baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus
la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?”
Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul
ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk
kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz
meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit
sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya
sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.”
Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia
tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi
silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”,
soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along
menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang
semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah,
aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”,
pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.
Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh.
Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah.
Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke
arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar
sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan
lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang
ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah
dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah
ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”,
soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada
menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar
ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along
hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka
selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan
Alang
menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih
memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau.
Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua
tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along
mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata
adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia
mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar,
berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada
menghabiskan duit ibu”, sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di
sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar.
Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti
ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu.
Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera
mencuci tangan dan meluru ke biliknya.
Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru.. Hatinya pula jadi tidak
keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab,
pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia
akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan
cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan,
pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa
beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan
selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa
dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu.
Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru
dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu.
Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari
pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja
dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal
dengan
upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira.
Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu.
Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit
gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa
agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh
setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu
terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.
Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya.
Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat
hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya
menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya
kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka
menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya
Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?”
Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut
tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan.
Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa
lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba
menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak.
Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan
mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan
perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?”
Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang
selesa dengan soalannya tadi. “ Ada ” jawab Along pendek “Kau nak jadi
apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam
aku…atau….” Along menggeleng-gelengka n kepala. “semua tak…Cuma satu
je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli
ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak
serius menjawab soalannya itu. “ Ala , gurau ja la Abang Joe.
Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi
anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas
didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya.
Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu
baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum
pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.
Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing.
Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir.
Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang
Joe, hari ni, saya nak balik rumah …terima kasih banyak kerana jaga
saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu
bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk.
Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan
keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini
menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri
baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu,
saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan
boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe.
Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi.
Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe.
Abang
Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik
abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya
dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang
memeluk adiknya yang akan pergi jauh.
Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk
membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa
berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam,
mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari
rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu.
Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau
lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si
Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu
aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni”, terang Along
dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak
kau ingat kau yang salah”, kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak
nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok,
lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat
kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si
sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni
Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”,
pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No
problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin
tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia”, terang
Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih
sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan
panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat
mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari
ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu
depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat
untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak
marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.
Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along
tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu.
Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum
menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II.
Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira
yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan
terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat
perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan
mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar
yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along
membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu
dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang
tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan
kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar
dari
hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya
berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan
itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang
berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang
wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali
apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada
ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih
memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari
kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan
semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih
digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk… …ibu………” ucapnya sambil
berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat
dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil
dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat
ditahan lagi. Pandangan Along semakin
kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang
menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan
dia pergi untuk selama-lamanya.
Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along
bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan
bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna
merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat
ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini.
Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah
maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu,
Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah
hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang
bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang
dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih
dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang
melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus
mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya
selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak
bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu
Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami.. Dia
sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat
lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak
pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya
seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu
terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia
merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah
tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan.
“Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa
dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak
mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia
disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan
ke hospital sakit jiwa
semula….” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat
menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.
Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota
badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh
hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang
selama ini dianggap derhaka.