Monday, 18 February 2013

(: Kemalangan:)

Terasa sekarang di kawasan perumahan ku semakin tidak selamat... Kalau dulu kes pembunuhan pelajar tingkatan 1 masa tahun lepas ( baca disini ), sekarang ni kes kemalangan jalan raya yang berlaku pada sabtu lepas betul-betul dekat kedai mak aku... Kesian dekat adik yang meninggal tu... Baru je 3 tahun.. Takziah dekat keluarga mangsa...


Tadi ayah dan mak dia datang dekat kedai mak aku, sayu je muka diorang.. Ada selipar anak diorang yang meninggal tu tertinggal , sebak jadinya rasa hati kedua ibu bapa arwah adik tu... Mana taknya.. Diaorang nak motor tiba-tiba ada kereta yang pecut laju dan tanpa disedari melanggar mereka.. Kereta tu pun sampai dekat tembok longkang.. Banyak gila darah adik tu... Aku seakan-akan takut untuk mengambil lesen... Melihat mereka seakan-akan histeria waktu tu betul-betul buatkan aku takut akan kehilangan.. Lagipun orang kata dekat tempat tu keras sebab dah ramai yang mati dekat situ.. Ada yang kena gilis lori lah, bunuh lah... Takziah dan Al- fatihah untuk arwah adik tu..