Sunday, 19 August 2012

(: Raya Weyhhh :)

assalamualaikum..
akhirnya, aidilfitri menjelma jua. membuatkan ku semakin sebak apabila memikirkan ramadhan harus meninggalkan semua umat islam buat tahun ini. Alhamdulilah, puasa penuh kot... harap Allah terima semua amal ibadat aku.. :)
aku nak minta maaf pada sesiapa yang mengenali diri ini. Selamat hari raya aidil fitri maaf zahir batin.

Monday, 13 August 2012

(: raya datang lagi :)

Assalamualaikum...
terasa cepat masa berlalu kini hanya tinggal 5 hari sahaja untuk berpuasa dan selepas itu seluruh umat islam akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Tanpa disedari mungkin aku banyak melakukan kesalahan mahupun apa juga keburukan. Sungguh insaf pada ini. Tiba-tiba teringatkan perbualan diantara aku dan mak aku. Sebak jadinya.
Mama : Assalamualaikum kak, bila nak balik ni ? Dah sebulan duduk sana. Raya dah nak dekat ni.
Aku    : Walaikumsalam. insyaallah hari jumaat ni sampai lah kakak kat rumah ma. Tu lah pasal, buatkan akak risau pun ada.
Mama : tak boleh ke balik awal sikit. Kat sini tak ada orang nak mengemas rumah, tak ada orang nak buat kuih. Nak harapkan siapa lagi kalau bukan kakak.
Aku    : tak boleh la ma, poli x bagi cuti. Jumaat baru cuti. Insyaallah kakak cuba bantu apa yang boleh.
Mama : baju raya akak pun tak beli lagi. Nanti balik kita beli ye. Maaf , mama sibuk.
Aku    : tak apa ma, akak tak kisah. baru ke lama sama je. Yang penting raya dengan mama dan keluarga.
Mama : insyaallah.
Aku    : ok lah mama, kakak nak buat assignment sikit ni. Assalamualaikum.
Mama : belajar pandai-pandai tau. Walaikumsalam.


p/s : kakak memang tak kisah ada baju raya baru atau tak mama sebab akak bersyukur sebab masih berpeluang untuk beraya bersama keluarga. Mama jangan risau tau. :)

Saturday, 11 August 2012

(: kawan yang tak pernah jumpa x semestinya tak rapat kan ? :)



Hello :)
Dulu aku ni aktif bermain salah satu laman sosial yang bernama MOKO , tapi sekarang dah tidak .. dekat sana aku mengenali ramai jugak rakan yang baik dengan aku... dia orang sering kali membuatkan aku tertawa dengan telatah dan sikap mereka.... Sehingga kini kami masih lagi berkawan rapat... Tetapi dilaman sosial FACEBOOK lah.. hahahah~~ antaranya :


Qawiem ( Yim ) rakan aku dalam group HGL yg ditubuhkan oleh kita orang ni.. Gambarnya nampak jambu tapi dia bukan jambu k... haha~ Yim ni berasal dari Shah Alam dan sebaya dengan aku... Ada je kejutan yang dia selalu kenakan dekat aku.,.. geram meyh ! tapi seronok jugak.. hihih~ :)



 Ni pulak Uzair , rakan aku dari group HGL... orangnya muda setahun dari aku dan minat gila dengan k-pop dan lady gaga... Hahaha... Uzair ni berasal dari Sarawak :)


Yang ni pulak Lukman (Luke) , sebaya dengan aku dan berasal dari Johor... Orangnya memang kreatif sebab rajin edit gambar.. Jeles ni .. =='


 Yang cantik manis ni namanya Azira (Zi) dia kapten group FAMILYSIAN, memang peramah dan aku suka penggil dia Nenek Zi.. Hahaha~ Dia ni tua 3 tahun daripada aku .. Tua umur je, muka dan perangai tak ok.. Hahaah~ :) Tak ingat dia asal mana, sebab tak dapat songlap alamat dia... :P


 Yang jejaka NERD ni, hahha.. Nama dia Malak (Mal) dia ni memang suka anggap aku budak tapi tak pe sebab Mal dan Wan memang mudah buat aku tertawa dikala aku tengah sedih.. Ada je idea nak mengenakan aku.. Hahaha, Atok muka awak keluar dalam blog saya lah.. Padan muka.,. Wanted Rm 0.10.. hahah~ Dia ni tua setahun dari aku dan ahli Familysian dan berasal dari Puchong.






Akhir sekali, Zoro biru ni bernama Wan... tak tahu pulak nama penuh dia.. tak ingat.. hahah... siapa suruh taruk nama dekat fb nama lain. haha~ ahli familysian dan tua setahun dari aku.. dia dengan mal lah yg rajin buatkan aku pecah perut dengan lawak yg tah pe apa tah... tapi tak pe.. aku suka :)

itu lah kawan2 aku yg rapat sehingga kini dan tak pernah lost contact.. Tq because be my friend , guys... Sayang korang lah~~ haha.. 
P/s : maaf curi gambar korang yang comel2 ni... erm, kawan budak lelaki bukan bermaksud gatal tapi dia orang lebih memahami perangai aku yang kecoh ni berbanding budak perempuan.. correction , Zi perempuan.. tapi tak bergitu..  k bye2 semua.. Smile :) hahah~~



(: sahabatku :)

    assalamualaikum,
    semua orang tentu ada kawan baik kan ? begitu jugak aku,.. aku sayang sangat kat kawan2 aku tapi adakalanya mereka salah faham akan sayang aku kat dia orang... alahai nasib.. so aku nak cite sikit pasal kawan2 aku ni...


firstly, ni kawan aku dari sekolah rendah lagi.. nama dia Shafiqah, orang nya happy go lucky n suka shopping.. aku tabik dekat dia sebab walaupun dia dalam golongan berada tapi dia setia berkawan aku tanpa cacian lagi pon dia memang faham perangai aku walaupun adakalanya aku sendiri x faham dengan diri aku..... yang aku paling sangat sayangkan dia , dia selalu beri aku dorongan dikala aku terjatuh or tiada keyakinan.. love u Shika :)



 kedua , ni nama dia Pila... manis orangnya... sentiasa tersenyum.. dia punya perangai ok tapi adakalanya gila2 macam aku jugak.. satu yang aku suka dengan sikap dia ialah apabila aku sedih mesti aku akan tersenyum bila tengok senyuman dia... orangnya aku kenal pon dari sekolah rendah... Pila ni kadang2 serasi dengan aku dan adakala nya kita orang berlainan pendapat tapi itulah yang membuatkan hubungan persahabatan kita orang sempurna.. Sayang pila :)


p/s : kawan2 aku dah ada orang yg sayang, aku bila lagi ? hahaha :)

(: Hidup perlulah diteruskan :)

Hari raya akan menjelang tiba. Tiba-tiba diri teramat merindui keluarga sehinggakan demam. Mujurlah ramai kawan yang sudi mengambil berat terhadap diri ini. Sebenarnya aku menyorokkan penyakit aku. Iaitu antibodi aku sebenarnya tak berapa kuat walaupun aku kelihatan sihat. Mungkin disebabkan aku pernah terkena penyakit kuning sewaktu baru dilahirkan. Tapi aku perlulah kuat untuk meneruskan hidup kerana walaupun begini, sebenarnya ramai lagi orang yang menderita berbanding aku. Aku bersyukur dikurniakan keluarga yang begitu memahami aku dan juga kawan-kawan aku. Kini aku perlulah set dekat mind aku bahawa 'pahit manis kehidupan itulah yang menjadikan kita matang dan kerana itu lah perjalanan hidup kita perlu diteruskan lagi.' Terima kasih Ya Allah kerana menjadikan aku sempurna. Ku mengharapkan hari esok akan lebih mematangkan aku berbanding hari yang lepas. Yup, yang lepas itu mungkin sukar hilang dari ingatan tapi biarlah dia berlalu.........