Friday, 26 December 2014

(: Pengalaman belajar dan kerja :)

Assalamualaikum.. okay, dah terlalu lama tangan ni tak menekan-nekan button keyboard untuk mengarang sesebuah cerita dalam blog aku ni, Serius memang bersawang.

Firstly aku nak bagitahu yang aku dah habis belajar. What ? Dah habis ? Yup.. Dah lebih 7 bulan aku meninggalkan zaman diploma aku. Serius terasa rindu zaman belajar sekarang. Yelah, bila belajar kita akan terasa dekat dengan kawan-kawan dan selalu stay up every night untuk siapkan assignment yang tak pernah tamat. Bila zaman belajar banyak benda yang kita akan alami.. Lagi-lagi bila nak dekat exam, masing-masing akan pegang buku, kadang-kadang tidur sambil pegang buku.

But, itu semua dah berlalu. Apa yang aku lalui sekarang aku sedang sibuk bekerja dan semakin merindui zaman belajar. Teringat masa nak cari kerja. Jeles tengok kawan-kawan kebanyakan dah bekerja tapi kita tidak.. Hari-hari sibuk selak surat khabar cari ruangan vacancy sebab nak cari kerja yang bersesuaian dengan bidang. Lepas tu mulalah nak fikirkan lagi pasal resume yang lubang-lubang ditambah lagi dengan bakal di interview oleh syarikat-syarikat yang dimohon. Rasa stress nya lebih teruk daripada memikirkan idea untuk assignment.

Situasi interview by Mr Penguin (credit picture: Mr Goggle
Lepas dah dapat kerja tu bukan main happy rasa. Tapi bila tengok gaji yang ditawarkan terasa sedikit kecewa. Apakan daya bila kita baru habis belajar ni sebenarnya sama saja dengan adik-adik yang baru habis SPM, yelah, kita kan masih fresh graduate.. Mana ada pengalaman. So nak bising pasal gaji ciput pun tak boleh. Terima dengan seikhlas hati.

Dan bila kita dah kerja ni jangan lah nak buat perangai macam zaman belajar dulu. Bila kita malas kita ponteng. Kadang-kadang datang kerja lambat. Memanglah bos mengamuk lepas tu mulalah komplain gaji kau banyak kena potong. Siapa suruh kau selalu buat hal memang kena potong gaji lah kan. Hahah.. Bila kita bekerja ni adakalanya syarikat suka bila kita memberi idea untuk mengembangkan syarikatnya, Kita jugak akan bergaul dengan pelbagai peringkat umur dan jawatan. Masa tu lah kena tunjuk yang kau ni seseorang yang sangat berkeyakinan. Baru lah orang tabik spring dekat kau., Hahaha

Ok lah.. Setakat tu je kut aku nak bercerita. By the way mana staff lain ni. Masuk lambat kerja ke ? Hahahaha... Bye .. :*

No comments:

Post a Comment

(: flying kiss untuk Cik Lala :)