Sunday, 23 June 2013

(: HISTERIA ? :)

Histeria ? 
Korang mesti tahu apa itu histeria bukan ?
Apa yang terjadi kalau orang yang berhampiran anda tiba-tiba histeria ?
Macam aku ni, kini aku ialah pelajar senior Sem 5 di Politeknik Muadzam Shah, Pahang. 
Aku baru je daftar kemasukan semestar 5 pada 19 Jun 2013 yang lalu. 
Namun yang membuatkan aku pening dan risau sekarang ini ialah di asrama perempuan tengah panas dengan isu histeria. Aku ingatkan sem ni boleh lah aku tenang daripada macam sem-sem lepas tapi tidak.
Tiap-tiap hari tidak kiralah siang mahupun malam ada sahaja berlakunya histeria. Tidak kira di blok mana mahupun siapa yang kena.
Macam mana nak tidur lena kalau baru nak diulit mimpi tiba-tiba terjaga disebabkan jeritan orang yang telah histeria ?
Macam mana nak ke tandas pada waktu pagi-pagi buta kalau terasa seram mendengar jeritan  orang yang telah histeria ?
Macam sebelum-sebelum ni masa aku baru mula-mula masuk ke asrama pada semestar satu tak ada pulak lah kerap berlakunya histeria.
Tapi bila pelajar semakin ramai, asrama makin penuh mungkin adalah salah satu sebabnya, kerana mungkin ada pelajar yang sedang berubat, mungkin ada pelajar yang mempunyai ilmu persilatan yang hanya belajar separuh jalan mungkin juga ada pelajar yang melanggar peraturan asrama seperti keluar asrama waktu tengah malam mahupun tidak menjaga kebersihan bilik.
Seperti kata seorang ustaz di poli aku ni dia berkata, 

"para pelajar tolonglah jangan buang sisa makanan di sekitar bilik kerana JIN amat suka pada sisa makanan yang telah dibuang, terutamanya tulang ayam. Para pelajar perempuan yang datang bulan juga jangan buang anda punya pad merata-rata tempat kerana ianya juga adalah salah satu makanan JIN. Jangan jemur pakaian pada waktu maghrib mahupun malam kerana mereka suka bergayut di ampaian. Ada juga yang berkata jangan lalu di bawah ampaian pada waktu malam. Juga jangan sakitkan hati orang lain, sebab kita tak tahu jika ada orang nak sihirkan kita."

Daripada isu histeria ni apa yang boleh kita buat ialah dekatkan diri pada Allah S.W.T. dan janganlah terlalu lemah semangat. Kita juga janganlah gelak mahupun menangis terlalu kuat kerana ianya memudahkan BENDA itu untuk masuk kedalam jasad kita. Insyallah, doakan aku agar jauh daripada apa itu HISTERIA. Amin..

Assalamualaikum w.b.t.

No comments:

Post a Comment

(: flying kiss untuk Cik Lala :)