Saturday, 11 August 2012

(: Hidup perlulah diteruskan :)

Hari raya akan menjelang tiba. Tiba-tiba diri teramat merindui keluarga sehinggakan demam. Mujurlah ramai kawan yang sudi mengambil berat terhadap diri ini. Sebenarnya aku menyorokkan penyakit aku. Iaitu antibodi aku sebenarnya tak berapa kuat walaupun aku kelihatan sihat. Mungkin disebabkan aku pernah terkena penyakit kuning sewaktu baru dilahirkan. Tapi aku perlulah kuat untuk meneruskan hidup kerana walaupun begini, sebenarnya ramai lagi orang yang menderita berbanding aku. Aku bersyukur dikurniakan keluarga yang begitu memahami aku dan juga kawan-kawan aku. Kini aku perlulah set dekat mind aku bahawa 'pahit manis kehidupan itulah yang menjadikan kita matang dan kerana itu lah perjalanan hidup kita perlu diteruskan lagi.' Terima kasih Ya Allah kerana menjadikan aku sempurna. Ku mengharapkan hari esok akan lebih mematangkan aku berbanding hari yang lepas. Yup, yang lepas itu mungkin sukar hilang dari ingatan tapi biarlah dia berlalu.........

No comments:

Post a Comment

(: flying kiss untuk Cik Lala :)